Monday, August 25, 2014

Petua dari otai ayam hutan mat motocross member fb beliau..

Petua dari otai ayam hutan mat motocross member fb beliau...

NAH BACA NI

Bismillaahirrohmaanirrohiim...
AssalaamuA`laikum Warohmatullaahi Wabarokaatuh,

PETUA DAN CARA2 MENJINAKKAN AYAM HUTAN YANG LIAR

SAHABAT DAN ADIK-ADIKKU FILLAAH SEKALIAN...

Bagaimanakah Caranya Menjinakkan Ayam Hutan?????.
Menjinakkan Ayam Hutan Sebenarnya Bukanlah terlalu Susah, Cuma Perlukah Usaha Gigih Dan Kesabaran Yang Kuat,

Memang Kebiasaan Ayam Hutan Hidup Di Tempat Sunyi Dan Jauh Daripada Keramaian Manusia, Dek Karena Itulah Sering Kali Ayam Hutan Yang Kita Bawa Balik Kerumah Dan Di Masukan Ke Dalam Kandang/Reban Mereka Akan Mengalami Tekanan. Jadi Untuk Itu Kebanyakkan Di Antara Kita Suka Membuatkan RebanAyam Hutan Ini Tertutup Dan Jauh Daripada Tempat Yang Sering Kelihatan Orang,

Maka Disini Ingin Saya Kongsikan Pengalaman Dan Cara2 Yang Saya Pernah Lakukan Bagi Menjinakkan Ayam Hutan Yang Liar,

BEBERAPA LANGKAH UNTUK MENJINAKKAN AYAM HUTAN YANG LIAR,

LANGKAH PERTAMA = Sediakan Reban Ayam Yang Berukuran 20 Inci Persegi, Serta Tingginya,

LANGKAH KEDUA = Reban Itu Hendaklah Di Letakkan Berdekatan Dengan Tempat Yang Sentiasa Di Lihat Orang, Jika Boleh Tempat Kita Sentiasa Duduk Bersembang Dengan Rakan, (PANGKIN / tempat istirehat)

LANGKAH KETIGA = Letakkan Ayam Hutan Yang Baru Di Perolehi Itu Bersama-sama Dengan Anak Ayam Yang Berusia 2 Bulan, Bagi Mendidik Dia Makan Dan Minum, Dan Jangan Lupa Carikan Makanan Yang Sering Dia Makan Di Hutan Tersebut, Seperti Sawit Dan Serangga Serta Lain2nya, Dan Air Yang Hendak Di Berikan Pada Ayam Hutan Yang Baru Itu Jika Boleh Dapatkan *AIR HUJAN* Dan Air Hujan Itu Terlebih Dahulu Hendaklah Di Bacakan Padanya Ayat2 Sepereti Ini:
1) Al Fatihah
2) Ayatul Qursy
3) Surah Al Hasyr Ayat 21 Hingga 24
Kesemua Ayat Itu Hendaklah Di Bacakan Pada Air Hujan Itu Selepas Selesai Sholat,

LANGKAH KEEMPAT = Setelah Ayam Hutan Itu Kelihatan Sudah Makan Dan Minum, Maka Ambil Dia Bagi Mandi Atau Basuh Bulunya, Sambil Kita Usap Ayam Tersebut Bolehlah Kita Bacakan Pula Surah Ali Imron Ayat 83 Dan Surah Al Baqoroh Ayat 29, Kemudian Hembuskan Di Telingganya, Di Ulang - Ulangi Sebanyak 7X,
Lakukan Mandian Dan Bacaan Itu Tiap-tiap Selang 2 Hari,

Baiklah Sahabat Dan Adik-adikku Sekalian.. Itulah Petua Dan Cara-cara Bagi Menjinakkan Ayam Hutang Yang Pernah Saya Amalkan, Jika Untuk Ayam Selapis Pn Boleh Di Gunakan Pada LANGKAH KEEMPAT itu,

KITA HANYA MAMPU BERUSAHA SAHAJA, SELEBIHNYA KITA SERAHKAN PADA ALLAAH Subhaanahu Wa Ta`ala,

WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk Allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYAlah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya Allaah... aamiin...

SILAKAN DITAG/SHARE BUAT TEMAN-TEMAN SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAAH.... AMIIN...

WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,


Sate Ayam/Daging

Sate Ayam/Daging

400 gram daging / ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
1/2 sudu teh garam
40 gram gula
lidi sate - direndam dengan air
3 sudu besar minyak masak
1 batang serai - dititik utk merenjis sate

Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar - disangai
1/2 sudu teh jintan manis - disangai
1/2 sudu teh jintan putih - disangai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
1 batang serai

Cara Membuat Sate :
Perap daging / ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
Cucuk daging / ayam pada lidi sate. Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.

Kuah Kacang Sate
300 gram kacang tanah - disangai
100 gram gula pasir
150 gram gula merah
40 gram asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan minyak masak

Bahan - Bahan Kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - disangai
1 sudu kecil jintan putih - disangai
1 susu kecil jintan manis - disangai
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai lada kering - direbus
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - dihiris
20 gram udang kering

Cara Membuat :
Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan air asam jawa. Bancuh kacang tanah kisar Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali
dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis.
Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya


Apek Cina Buka Rahsia Untung Berniaga

#1 of 1

Aku > Tokey, you buka kedai perabot ni
boleh untung ka dalam kampung ?

You ambik 4 pintu maa, atas bawah.
Sewa mau RM12,000 lorh sebulan.

Tokey > Antara banglo RM400k VS Kedai RM600k,
mana menjadi rebutan ?

Chinese will strive for Kedai RM600k .

Tokey > Beli kedai ini macam pasang jerat maa.
Ada hari tak dapat hasil,
sekali dapat hasil, makannya sedap.

Jerat yang bagus tahannya di kawasan laluan haiwan.
Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai
atau di tengah bandar.

==============================

Taktikal seorang tokey membeli kedai.

" Biar rumah kecik , dudukd dalam store pun tak mengapa !
Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa ! "

1- Beli kedai nisbah 3.

Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan,
beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama.

- 1 kedai untuk meniaga sendiri
- 2 kedai untuk disewakan kepada orang lain.

2- Matematik tokey tu ajar aku tadi :

Harga Kedai = RM400k per unit.
3 Kedai = RM1.2juta
Montly payment : RM8,000 x 20 tahun.

2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.
Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.

Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.

1 kedai yang guna untuk buat business ?
Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan
untuk beli jerat baru !

3- Make your account strong.

2 kedai disewakan, 1 kedai guna untuk niaga sendiri.
Memang akaun nampak strong untuk
apply loan beli kedai kedai di gugusan
perniagaan yang lain.

4- Networking Business.

Takdak duit nak ambik kedai ?
Suruh bapak saudara you yang kerja kerajaan
pergi ambik beli itu kedai,
you masuk buat niaga dalam itu.

Bapak saudara kena bayar bank RM5000 sebulan,
You bayar sama dia RM7000 laa.
Kasi sikit sama diaa.

5- Adik beradik yang bekerjasama

Dalam family, mesti ada orang yang kerja kerajaan,
atau orang yang kerjanya mudah buat loan.

Sewa kedai dari adik beradik ja,
Duit pusing sama-sama kita maa.

Abang saya beli kedai, dan sewakan pada kami adik adik.
Kami adik adik masuk buat niaga maa.
Duit naiga kasi bayar sama loan abang la.

Masing masing jaga laa.
Takkan adik beradik sendiri pun you mau tikam ?
takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan ?

==============================

Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik
jalan niaga yang dibuat oleh orang lain.

Stay hunger, stay foolish.

Tak rugi menyapa seorang Pakcik Chinese
yang kerja sebagai kelindan lori cuma.

Pasti ada cerita menarik untuk aku ambik manfaat.

Disebabkan tokey Chinese tu ajar aku ilmu niaga,
asalnya nak beli barang total kos RM1000 sahaja,
sudah beli berlebih lebih 3 kali ganda.

Money is NOTHING,
Knowledge is EVERYTHING


Sunday, August 17, 2014

Perhimpunan silaturahhim Sahabat Ayam Hutan

                                               Majlis silaturahhim Sahabat Ayam Hutan (S.A.H)
























Tuesday, August 12, 2014

logo Shamsul agrotek & SS lekir enterprise


Insyallah buat masa ini logo ini digunakan bagi menjadi brand syarikat kami,ia akan di kemas kini dari masa kesemasa untuk dunia perniagaan yang semakin mencabar serta memerlukan idea yang tinggi dan bernas.

Dulu kerani kini tauke ayam

MENELUSURI perjalanan yang jauh berliku melalui kawasan bandar dan kampung sebelum kenderaan memasuki jalan yang agak sunyi berdebu hingga akhirnya sampai ke kawasan separa hutan serta ladang sedikit sebanyak memberi gambaran awal bahawa perusahaan ternak ayam ini tidak jauh bezanya dengan yang lain.

Namun pengusaha terbabit Soh Ah Pin, ceria menyambut kunjungan rombongan AgroBank yang tiba dengan beberapa kenderaan.

Ah Pin, 73, anak jati Segamat terus membawa tetamu ke sekitar ladang ayam yang jumlahnya ratusan ribu ekor.
Tiada bau tidak menyenangkan kerana katanya, penggunaan mikroorganisme efektif (EM) memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan menghindarkan lalat.

Pesara kerajaan itu pernah bertugas sebagai kerani di Majlis Daerah Labis, Johor, selama 32 tahun sebelum menceburi bidang penternakan ayam kampung kerana melihat peluang terhidang depan mata.

‘‘Berniaga tidak semestinya untung. Ibarat hendak pergi perang. Kalau pandai (berperang) kita menanglah.
‘‘Tapi kena ada ilmu untuk jadi pandai,” ujarnya ketika ditemui di ladangnya yang terletak di Labis, Segamat Johor itu.
Sambil berkongsi pengalamannya dengan ahli rombongan, dia menunjukkan cara menghalau ayam ke reban yang menurutnya ternakan itu tahu pulang ke ‘rumah’ masing-masing.

Berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau MCE ketika itu, Ah Pin berkata, selepas bersara dia ditawarkan bantuan oleh seorang kenalan dari Perak.

Pada mulanya dia menawarkan diri untuk menternak hanya 50 ekor ayam. Tetapi rakan terbabit menasihatinya supaya memulakannya 4,000 hingga 5,000 ekor.

‘‘Saya bimbang tidak ada modal kalau hendak pelihara banyak. Teknik (menternak) tidak tahu, reban pun tidak ada,” ujarnya yang memulakan projek tersebut dengan empat buah reban sahaja.

Rakan terbabit membekalkannya 4,000 ekor ayam kampung kacuk, ubat-ubatan, makanan dan pelbagai keperluan lain dengan syarat Ah Pin menjual hasil ternakan kepadanya.

Ah Pin itu merupakan satu tuah kerana dia tidak perlu menyediakan pelaburan tinggi untuk memulakan projek pada tersebut pada 1996.

Selepas satu pusingan, dia menjual sejumlah ternakan yang boleh dipasarkan pada harga RM8 hingga RM10 sekilogram dan berjaya meraih keuntungan.

Keuntungan itu digunakan untuk mengembangkan projek dengan membina lebih banyak reban.
Dia membina empat lagi reban dengan tambahan baka ayam 10,000 ekor menjadikan jumlah keseluruhan 15,000 ekor dan ketika itu jualannya mencecah RM47,000.

Tidak lama selepas itu, rakan terbabit tidak lagi membantunya dan kembali semula ke Perak, meninggalkan dia keseorangan mengurus projek berkenaan.

Katanya, dia telah memiliki tiga syarikat yang mana dua daripadanya dikongsi bersama rakan dan sebuah lagi adalah syarikat keluarga.

Syarikat terbabit ialah Sam Hup Poultry Sdn. Bhd. (SHPSB), Ladang Ayam KPM Sdn. Bhd. (LAKSB) dan Sam Yong Farming Sdn. Bhd. (SYFSB).

Katanya, LAKSB yang terletak di Sungai G merupakan perniagaan keluarga manakala SHPSB dikongsi bersama rakan.
Ladang SYFSB juga terlibat dengan penternakan kambing yang baru dimulakan dan jumlahnya kini 100 ekor pelbagai baka.

Dia yang juga pengurus dan pengarah kepada syarikat terbabit berkata, keseluruhan ternakan ayam yang dimiliki mencecah 320,000 ekor ketika ini.

Ketika ini, kos pemakanan meliputi 70 peratus daripada keseluruhan kos projek tersebut. Manakala bakinya untuk ubat-ubatan, bekalan elektrik dan kos menggaji pekerja seramai 33 orang semuanya.

Katanya, sejak memulakan projek, dia telah lapan kali memperoleh pinjaman dengan Agrobank menerusi Tabung Untuk Makanan (3F) dan kali terakhir pada 2008 sebanyak RM800,000.- Utusan Malaysia

Monday, August 11, 2014

Khasiat sebiji telur



RAMAI mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?
Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.
Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.
Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.
Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.
Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.
Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.
Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.
Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian. -

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131207/kn_01/Khasiat-sebiji-telur#ixzz3A6sUwGZu
© Utusan Melayu (M) Bhd