Sunday, September 29, 2013

pra persatuan penternak ayam kampung malaysia

sumber dari page rasmi persatuan penternak ayam kampung malaysia
Assalamualaikum semua...

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua kerana pada hari ini adalah hari bersejarah kerana tertubuhnya persatuan kebanggaan kita iaitu "PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA". Setelah dari pagi tadi kita bertungkus-lumus berbincang dan bertukar-tukar pandangan akhirnya impian menjadi kenyataan. Syabas semua....

Mungkin ada antara sahabat kita yang belum sampai ke rumah harap berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan tuan2. Di sini ingin saya maklumkan kepada semua tentang alamat emel persatuan kita iaitu: 

ppakm13@gmail.com

Sebarang urusan bolehlah menggunakan alamat emel di atas...

Di samping itu juga blog http://ppakm.blogspot.com/ (belum siap sepenuhnya) telah diwujudkan sebagai medium sumber informasi kepada ahli persatuan sebelum sebuah laman web khas diwujudkan kelak. Semoga apa jua informasi dapat disampaikan kepada semua. Sebarang komen tuan-tuan dialu-alukan..

Terima Kasih

http://ppakm.blogspot.com/