Monday, October 7, 2013

Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator

Antara punca masalah telur tak menetas adalah:

1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah mengandungi telur lain.

2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.

3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.

4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.

6 Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.

Candling Telur

Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio di dalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna inkubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Inkubator. Padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur, proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah;

Sumber informasi Persatuan ayam kampung malaysia
1. Perhatikan sebarang retakan pada telur, walaupun terdapat cara untuk menampal retakan namun jalan terbaik adalah tidak memilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut sama ada kecil atau besar garisannya.

2. Perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. Kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidaksamarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.

3. Perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) di dalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam.

4. Perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. Telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. Jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya. Kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namun perlu diingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan.

Setelah pemeriksaan dilakukan anda boleh melakukan proses pengeraman di dalam inkubator. Telur perlu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan, periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. Jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.
Candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 yang mana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur. Pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur.
Kita juga boleh melakukannya sekali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari di dalam inkubator. Pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur. Perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak diganggu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan. Sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicandling bagi memudahkan proses dilakukan.

Sunday, September 29, 2013

pra persatuan penternak ayam kampung malaysia

sumber dari page rasmi persatuan penternak ayam kampung malaysia
Assalamualaikum semua...

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua kerana pada hari ini adalah hari bersejarah kerana tertubuhnya persatuan kebanggaan kita iaitu "PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA". Setelah dari pagi tadi kita bertungkus-lumus berbincang dan bertukar-tukar pandangan akhirnya impian menjadi kenyataan. Syabas semua....

Mungkin ada antara sahabat kita yang belum sampai ke rumah harap berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan tuan2. Di sini ingin saya maklumkan kepada semua tentang alamat emel persatuan kita iaitu: 

ppakm13@gmail.com

Sebarang urusan bolehlah menggunakan alamat emel di atas...

Di samping itu juga blog http://ppakm.blogspot.com/ (belum siap sepenuhnya) telah diwujudkan sebagai medium sumber informasi kepada ahli persatuan sebelum sebuah laman web khas diwujudkan kelak. Semoga apa jua informasi dapat disampaikan kepada semua. Sebarang komen tuan-tuan dialu-alukan..

Terima Kasih

http://ppakm.blogspot.com/











Saturday, April 6, 2013



Perubahan.....Bersediakah kita untuk berubah

Semua orang ingin berubah.Ada yang ingin berubah dari miskin ke kaya,dari jahat menjadi baik,dari jahil kepada Alim,dari Alim kepada Fakih.Biar apapun lonjakkan yang ingin kita buat,kita memerlukan satu usaha yang konsisten dan sistematik.

Yang pasti  setiap yang ingin berubah mesti berkehendakkan kepada yang terbaik. Jadi,apa usaha kita?apa yang perlu kita buat? Kepada siapa kita hendak meminta pendapat? Buku apa yang perlu kita baca?

Bila semua ini bermain-main di kotak minda kita,perancangan perubahan kita pasti akan terbantut. yang pasti,jika kita membaca al quran ,dan membaca tafisirnya pasti kita akan menemui jawapannya...

Surah al furqan  ( 61 - 77 ) jika kita kaji dan fahami kita akan temui jawapannya kepada semua persoalan yang bermain di fikiran kita....

Dr. Yusof Qardhawy telah menggariskan 12 sifat individu cemerlang didalam kitabnya Nafahat Al jumuaah berpandukan Surah Al furqan...Yang disebut sebagai " Ibadurrahman"

Pertama     : Merendah diri

Kedua       : Murah Hati
Ketiga       : Mendirikan Solat Malam
Keempat   : Takut Neraka
Kelima      : Sederhana Membelanjakan Harta
Keenam    : Bertauhid
Ketujuh     : Jauhi Perbuatan Membunuh dan Menghormati Kehidupan
Kelapan    : Menjauhi Zina
Kesembilan:Taubat Nasuha
Kesepuluh  : Tidak Bersumpah Palsu dan Perbuatan yang Tidak Bermanfaat
Kesebelas  : Menyelami Ayat-Ayat Allah
Kedua Belas: Memohon Kebaikkan bagi Isteri dan Keluarga

Apakah Kita Semua ingin tergolong dalam golonganIBADURRAHMAN??...Renungkanlah...

Sunday, January 13, 2013

Assalamulaikum semua..

Harap maaf kepada semua yang ada call untuk beli ayam kampung dan berbagai permintaan dalam
bisnes ternakan...kami dapat membekalan kerana ternakan baru saja ingin membiak mngkin memerlukan tempoh bagi pembiakaan..
setelah lama membela berbagai dugaan yang tempuhi...seperti contoh yang melemakan semangat saya apa bila ternakan saya cukup matang usianya mati akibat penyakit yang menlanda seekor2 tumbang kebumi...sedih pun ada duit yang digunakan keluar begitu sahaja...begitu besar dugaannya...
kenapa masih ada orang yang masih ingin mencuri hasil keringat orang lain...habis ayam aku kena curi masa kecil tak nak perlu mencuri.dah besar elok korang sapu..kita membela untuk menjana income diorang pula tolong jualkan..tak apa sudah nasib apa nak buat..janji niat kita penting ikhlas dalam perbuatan...

semangat ku hilang



Kerana pelbagai cubaan yang terjadi pada diriku..ku biarkan saja apa yang ku usahakan begitu sahaja.mengapa aku terus jadi begitu,tidak ke sayang dengan apa aku buat,adakah sikap malas aku yang membuat aku jadi begini.sampai bila aku nak teruskan kerja makan gaji.impian untuk menusahakan sesuatu setelah aku tamat belajar tak sampai..apa bila ku merenungkan kembali itu adalah ikut pangkal hati..setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..apa aku merenung usaha ayam ku yang masih gigih membela ayam kampung telah menyentuh hati ku,kini aku ingat mengusahakan kembali apa yang aku usahakan...
buat masa sekarang teman membela je,,nk jual tengoklah dulu.,,,kasi membiak dulu ye,,,

Sunday, November 4, 2012

Assalamualaikum,

Kepada para pembaca yang belum tahu, saya sekarang dah ada Fan Page. Fan Page ini saya gunakan untuk berkongsi pengalaman saya dalam perniagaan dan perkongsian ilmu ilmu perniagaan.

Jika anda berminat nak mendapat perkongsian ilmu perniagaan. Sila buka link di bawah :

fan page alpha lipid
http://www.facebook.com/alphalipidmanjung
menjual produk alpha lipid untuk pengurusan badan
admin :http://www.facebook.com/butikbusanaidaman.manjung?ref=ts&fref=ts

fan page busana idaman
http://www.facebook.com/butikbusanaidaman.manjung?ref=ts&fref=ts
butik pengantin dan menjual ready made
fan page ss lekir
http://www.facebook.com/pages/SS-lekir/217983414977573
menjual produk seperti t-shirt printing,barang kanak,baju muslimah serta yang lain

Kemudian : Tekan Button LIKE.

Insya Allah. Saya akan berkongsi dengan anda lebih banyak mengenai perniagaan di situ.

Wassalam