Thursday, June 5, 2014

MEMPELAJARI CARA MEMPROSES AYAM KAMPUNG GUNA MESIN BUANG BULU.....


SS LEKIR ENTERPRISE...bagi menambah ilmu di dada sangup pergi ke sungai siput untuk mempelajari teknik memproses ayam kampung di reban wan isa di kg jalong sungai siput.terima cikgu sobri sangup mengajar.




















PERSATUAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG MALAYSIA (PPAKM)

Persatuan penternak ayam kampung malaysia (ppakm)

mensasarkan 60 tan metrik ayam kampung......

Persoalannya mampu penternak backyard mencapai sasaran itu...

moga sasaran ppakm terlaksana.....


Friday, December 13, 2013

Krusus asas ternakan ayam kampung dan mesyuarat yang pertama ppakm cwg ng perak.

Bisimillah

Memulakan perjalanan untuk menuju detinasi yang ingin dituju..iaitu kg jalong sungai siput untuk menghadiri krusus asas ternakan ayam kampung yang di anjurkan oleh ppakm perak.memulakan perjalanan dalam pukul 8.00 pagi.langkah pertama buat check kereta untuk perjalanan jauh.dapati spare tank air bocor.untuk membaiki memang tak ada masa.tawakal kan diri untuk menuju sungai siput.mula perjalanan mengambil seorang sahabat iaitu naib su ppakm perak.buat pertama kali honda ef ku berjalan jauh ke ipoh.ku redakan apa pun akan terjadi.
            maklum le kereta lama.dengan bertanya kawan ,mengatakan jalan kalau kuala kangsar lagi cepat kalau nak pergi sungai siput.alhamduliah sampai kawasan sungai siput.mula mencari infoternak sungai siput.untuk mencari rumah wan isa naib ydp perak ,saya mesti menelefon ydp perak tuan sobri.dengan maklumat dari beliau saya ikutkan..rupa saya silap..kerana beliau menjangka saya datang dari ipoh.apa nak buat patah balik.sampai je laluan nak menuju ke kg jalong.heat presure mula naik.berhenti seketika.bagi sejukkan keadaan dulu.sebelum mulakan perjalanan ke rumah wan isa.alhamduliah sampai pada kul 12 tghari..tanpa berlengah lagi terus bertemu dengan ahli ppakm perak.walaupun banyak maklumat tertinggal.saya reda.mungkin itu ketentuan dari yg maha esa.
             alhamduliah makan tengahari tuan wan isa buat kenduri sedikit.ayam jangut,ayam belanda,dengan nangka memang terbaik..ada pula bubuh..memang terbaik.
selepas makan tengahari memulakan mesyuarat ppakm ng cwg perak yang pertama yang dimulai dengan surah al fatihah.mesyuarat berdasarkan hala tuju dan peranan ajk ppakm perak.setelah habis mesnyuarat tuan wan isa berkongsi maklumat tentang alat penentasan anak ayam.pengalaman yang berharga.pukul 6.30 kami mengundurkan diri maklumllah nak balik jauh.dalam perjalanan balik tuhan menguji dengan masalah kereta yang hampir 3 kali..walaupun berhenti banyak kali alhamduliah sampai juga ke rumah masing..pengalaman mendewasakan aku.terima kasih sifu dalam ppakm perak yang bergitu banyak pengalaman yang dikongsikan.moga berjumpa lagi.
















Tuesday, November 26, 2013

SEMINAR HALA TUJU PPAKM



Seminar Hala Tuju Industri Ayam Kg diMalaysia
Sesi Perbincangan Isu-Isu Penternakan Ayam Kampung di Malaysia 2013
Tarikh: 24 Nov 
Tempat: Hotel Brisdale, KL

Setiap ydp dan su negeri di jemput dan bersama ahlijawatan kuasa induk
 ke seminar hala tuju industri ayam kg di malaysia.
sekitar seminar hala tuju industri ayam kg malaysia












gambar kenangan ahlijawatankuasa induk


gambar kenangan ydp negeri bersama presiden ppakm




Monday, October 7, 2013

Reban

Reban Asuhan
  1. Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi.
  2. Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk alas tempat mengeram.
  3. Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram.
  4. Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam ke reban asuhan.
  5. Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam bersama ibunya selama 2 minggu.
  6. Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara.
  7. Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan kepada anak ayam itu.
Reban Pembakaan
  1. Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun.
  1. Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya bagi memudahkan berlakunya proses persenyawaan antara si jantan dan si betina. Tanpa persenyawaan, maka telur yang dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka.
  1. Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi.
  1. Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal si betina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi si betina yang belum dalam fasa nak bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan lain yang akan cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu.
  1. Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu ayam, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu dan si jantan.
  1. Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk ke dalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang.
  1. Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding jumlah ibu yang ada.Jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu meneruskan aktiviti mengeram.

Langkah Penting Menyambut Anak Ayam Inkubator

Sediakan kotak plastic pvc. Bersihkan kotak ini dan lapikkan dengan surat khabar lama untuk memudahkan kerja pembersihan. Kemudian satu lapisan tisu diletakkan di atas surat khabar. Tujuan tisu ini adalah untuk memberi lebih cengkaman kepada anak ayam ini ketika kali pertama menjejakkan kaki selepas keluar dari inkubator.

Tisu ini hanya digunakan sekali dan dibersihkan atau dikeluarkan selepas 3 hari keluar dari inkubator dan diganti dengan lapik biasa.

Sediakan bekas air biasa yang diisi dengan air biasa dengan suhu bilik, bukannya air suam atau air sejuk. Anak ayam seharusnya tidak mendapat kejutan suhu semasa kali pertama anak ini minum.

Taburkan dedak dengan kuantiti sedikit di atas lapisan tisu tadi dan bukannya dalam bekas makanan ayam biasa. Ini hanya dilakukan untuk kali pertama ayam ini makan.

Lampu berkuasa 5 watt digantung di dalam bekas plastik ini dan seeloknya ketinggian mentol ini untuk kali pertama atau hari pertama adalah sedikit sahaja tinggi dari kepala anak ayam ini(1/2 inci).

Ketinggian lampu diubah mengikut minggu usia anak ayam ini, pada penghujungnya sebulan jarak mentol dengan anak ayam seharusnya pada setinggi 4 inci atau lebih demi melatih anak ayam 'memahami persekitarannya'.

Pemindahan anak ayam dari inkubator boleh dibuat sedikit demi sedikit. Jangan biarkan anak ayam ini terlalu lama diluar tanpa bantuan cahaya.

Anak ayam yang sudah cukup cergas dan dapat berdiri tegak dipindahkan ke brooder.

Mulut atau muncung paruh anak ayam itu direndamkan sedikit dibekas air supaya anak ayam ini tahu terdapat sumber air, anak ayam dibiarkan merasa air itu seketika dan biarkan dia mencari air itu sendiri dalam proses'belajar' berdikari.

10. Anak ayam dibiarkan berada dalam lingkungan cahaya mentol sepanjang masa semasa berusia dibawah 2 minggu dan pada waktu malam sahaja selepas itu. Setelah usia mencecah 1 bulan lampu hanya dipasang sekiranya hari hujan atau cuaca sejuk.

11. Pindahkan anak ayam ke reban asuhan luar setelah didapati anak ayam sudah cergas.

Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator

Antara punca masalah telur tak menetas adalah:

1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah mengandungi telur lain.

2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.

3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.

4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.

6 Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.