Konsep Efektif mikroorganisma(EM) dalam pertanian dan kepentingan Kompos
Mikroorganisma
mengawal dan menentukan sesuatu tanah itu samaada ke arah
kebaikan(regeneration) ataupun keburukan(degeneration) yang boleh
mengakibatkan ketidaksuburan, penyakit, pencemaran ataupun hakisan.Tanah
regenerasi atau yang mengandungi banyak bakteria berfaedah menyumbang
kepada perkembangan tumbuhan, kesihatan, hasil yang tinggi serta bebas
penyakit dan serangga.Tanah tetap menjadi sihat tanpa perlunya tambahan
bahan kimia pertanian. Sebaliknya berlaku apabila tanah di dominasi oleh
bakteria patogen ataupun degenerasi. Dalam kes ini, keseimbangan
mikroflora tanah tidak stabil dan bakteria yang menyebabkan penyakit
mengambil alih ekosistem tanah.Tanah yang menggunakan bahan kimia pertanian seperti baja kimia ataupun racun kimia adalah tergolong dalam jenis ini (degenerasi)
dimana kesuburan tanah menjadi buruk dan tanaman menjadi lemah serta
mudah terdedah kepada penyakit yang disebabkan bakteria patogen.Dengan
menambah bakteria berfaedah(EM), serta kehadiran bakteria berfaedah yang
sedia ada dalam tanah, keseimbangan tanah dapat ditukar ke arah yang
positif dan baik untuk perkembangan dan kesihatan tanaman.
Mengawal
mikroflora dalam tanah dengan menukar dominasi kepada mikroorganisma
berfaedah dapat memperbaiki dan mengekalkan sifat fizikal dan kimia
tanah. Rawatan secara berkala dengan menambah bahan organik secara
berjadual adalah penting bagi mencapai tahap yang optimum.
Banyak
kajian dijalankan dengan menambah kultur iaitu satu jenis bakteria yang
memang bagus dalam tanah atau biarpun mengambil mikrob dari tanah asal,
di kulturkan di makmal dan diaplikasikan kembali ke dalam tanah dengan
populasi yang tinggi namun masih gagal mengubah mikroflora tanah kepada
yang dikehendaki. Ini disebabkan persaingan dan antaginis efek dari
pelbagai mikrob dalam tanah yang menyebabkan jumlahnya berkurangan dan
mati.
Dengan itu, menukar " mikrobiologikal equilibrium"tanah dengan menggunakan bakteria yang berfaedah menjadi amat penting kepada tanah untuk pembesaran tanaman,meningkatkan hasil tanaman dan kesihatan tanaman dan adalah lebih baik dengan menggunakan EM(efektif mikrob) gabungan banyak bakteria yang secara fisiologi dan analogi bekerjasama dan berfaedah antara satu sama lain.
Kekerapan rawatan bergantung kepada jenis tanah dan untuk mewujudkan persekitaran EM ini, masa adalah berbeza sebelum set tanah baru ini dicapai. Setelah set tanah baru ini tercapai,mikroflora tanah terus berkekalan dan EM tidak perlu diberi kecuali terjadinya banjir atau sehingga tiadanya bahan organik dalam tanah. Pemberian EM kepada tanah adalah lebih baik disusuli dengan pemberian kompos atau bahan organik bagi mengekalkannya.
Perlu diingatkan,pemberian EM adalah berkesan dengan kehadiran bakteria gram+ yang mengeluarkan antibiotik dan banyak fungsinya termasuk fakultatif anaerobs, obligat aerobs. asidopilik dan alkalopilik bakteria yang banyak didapati dari fermentasi dedak/sisa padi,ikan dan sebagainya. Jadi, pemberian baja kompos dan rawatan sebelum tanaman bermula adalah terbaik dan kebarangkalian set tanah baru ini tercapai adalah lebih tinggi.

No comments:
Post a Comment